Sunday, June 08, 2014

Cerita 'dating' kami

" tett , tett ''

Handphone ku bergetar ketika aku sibuk menyiapkan diri... dan tak sampai seminit kemudian kedengaran lirik lagu see you again berkumandang dalam bilikku menandakan ada panggilan masuk. Aku bergegas menjawapnya, seperti yang kusangka kakak yang menghantar kereta sudah berada di bawah. Arghhh ! aku kelam kabut menyiapkan diri dan lima minit kemudian aku bergegas turun. sebelum turun sempat aku tinggalkan sticky note buat housemate :)

Setibanya di bawah mataku melilau-lilau mencari kelibat kereta viva putih yang telah diberitahu oleh kakak tadi. Tak mengambil masa yang lama aku sudah berada dalam kereta bersama kakak tersebut. sepanjang perjalanan ke rumah kakak tersebut yang terletak tidak jauh dari kolejku dapat ku agak dia merupakan seorang yang agak peramah kerana sepanjang jalan dia banyak bercerita dan aku lebih selesa mendengar.

Setelah hantar kakak tersebut aku terus memandu menghala ke rumah sahabatku yang lebih mesra dipanggil 'ibu'. Jangan pelik dengan panggilan tersebut...hehe

Sementara menunggu ibu turun kepalaku ligat berfikir kemana arah yang akan kamu tuju sebentar lagi. Sedang asyik aku berfikir tetiba ibu sudah berada diluar kereta. Then , ibu melabuhkan punggung di kerusi sebelahku .

"So, bu .. kita nak g mana nie ? " . Aku memulakan bicara.

"emm , ibu tak kisah , akak rasa ? "

" Kalau ikutkan akak pagi-pagi nie akak nak shopping dulu then petang-petang sikit baru kita lepak kat tempat macam taman uh..tapi sebelum tu kita g isi minyak dulu ".

"Okey ... kat sbelah sana" ibu menjawap seraya menunjukkan tangan ke sebelah kiri.

Sampai di pump minyak ibu turun membuat bayaran dan membeli sedikit jajan manakala aku turun mengisi minyak.

Kami meneruskan perjalanan menghala ke ibu kota tanpa putuskan lagi destinasi kami yang sebenar. Sementara tu aku membuat keputusan untuk menefon mak di kampung untuk memaklumkan perjalanan ku hari ini. Sementara aku berbual dengan mak, ibu tetiba teringat akan satu tempat yang mungkin boleh kami pergi . Usai aku berbual dengan mak tetiba ....

" Haaa , kak SUNWAY !!! " ibu menyatakan tempat yang bakal kami tuju.

"Ha'a lah bu , SUNWAY PYRAMID , Ice skating !!!! Bestnye da lama ta main ... nak laa , bolehlahh , cepat bu set nagivation to Sunway !!! Yes ! boleh main bowling ... :) " dengan penuh bersemangat aku mula memasang angan.

Aku memandu dalam keadaan yang excited dan tak sabar nak sampai ke destinasi. Dalam perjalanan kami tak berhenti berbual sambil melayan lagu...sesekali ibu menghulurkan makanan ke arahku...aku membalas dengan senyuman :)

Tol demi tol kami lalui hingga aku rasa seakan begitu jauh perjalanan kami. Dari malam tadi aku begitu semangat untuk keluar disebabkan terlalu bosan berada di kolej. Aku sangkakan hanya aku yang berperasaan begitu rupa-rupanya ibu pun sama. Tak sabar nak menunggu saat keluar dari kolej. Walau saat tu masih tak tahu arah tuju namun semangat sudah berkobar hingga lenaku terganggu . Dasyat kan ? hehe .

itulaa aku bila da inginkan sesuatu pasti akan terbawa-bawa sampai ke mimpi ...

Berpandukan nagivation ibu, aku meneruskan pemanduan dan kadang-kadang terlepas jugak jalan yang sepatutnya dilalui membuatkan perjalanan kami kian jauh. Bukan itu saja ....

" Alamak ! Batery da low " . Luah ibu dalam nada yang masih biasa.

"Ambik power bank akak bu kat belakang"

" Takpe lagi nie , kejap lagi ".

Tetiba .... handphone ibu mati !!! Menandakan kehabisan batery.

"Aduh ! biasa dia warning dulu , nie tak warning terus mati " Ibu membebel . haha

"masuk tak bu? power bank ?" Aku bertanya setelah melihat ibu banyak kali mencuba.

"Tak masuklaa kak, dia pusing-pusing je" Jawap ibu.

" Lahh , ye ke ? akak da cas penuh malam tadi uh ... tapi tak tahulaa kot ta sesuai dengan handpone ibu ".

"Emm , hari tu boleh je ibu guna" Kata ibu .

"Emm , tunggu kejap lagi mungkin dia masuk kot jap lagi".

Aku memberhentikan kereta di pinggir jalan untuk melihat power bank dan handphone ibu ...

"MAcam mana nie bu ? kita nak ikut mana nie? kiri ke kanan ? kalau kanan seremban, KLCC ... kalau kiri , patai dalam .... "

"Emm , ikut kata hati akak lah kak, ibu tak tahu" Jawap ibu .


Setelah memikirkan jalan yang sepatutnya akhirnya aku menuju ke kiri iaitu pantai dalam.

" Bu, kalau nampak SUNWAY je kita berhenti , parking terus . haha "

"Ha'a .. kita jalan kaki tinggal kete , haha " . Ibu berjenaka .

Tiba-tiba ....

"Bu ! tu ! SUNWAY !!!! Da nampak !!! " Aku menjerit excited .

" Mana kak ?? Ha'a lah " . Ibu juga kedengaran excited.

Akhirnya ... kami jumpa jugak ... tapi arghhh !!!! sekali lagi konfiussss kami terlepas jalan masuk ke SUNWAY ...

Aku terpaksa u-turn balik dan akhirnya kami tiba di SUNWAY PYRAMID shopping mall yang bersebelahan dengan Sunway Lagoon.

Setelah beberapa kali pusing mencari parking akhirnya ada jugak tempat parking...Huh ! Lega !


                                                     ****************

Cerita dalam SUNWAY Shopping Mall pulak ......

Melangkah masuk ke Shopping mall aku dan ibu hanya berlegar-legar mencari arah tuju kemana dulu tempat yang nak dituju. Okey, malas nak cerita panjang ... lepas solat dan makan kami menuju ke tempat ice skating. Hajat dihati nk ber'ice skating tapi tak kesampaian. Memandangkan sekarang 'school holiday' jadi harga tiket ber'ice skating mahal berganda dari harga asal. So, kami tukar plan... searching for bowling .... :)))

Lma jugaklaa nak boleh sampai kat tempat bowling tu sampai penat kaki kami satu sebab kami tak tahu bowling kat mane ... dua sebab Sunway Pyramid punya shopping mall nie sangatlaa besarnya walaupun dah pernah sampai beberapa kali still tak ingat jalannya . haha .

Dan akhirnya ..... !



Yeahhhh ! Bowlinggg !!! Here we are ... hehe . Excited laa da lama tak main ... Haaa , itulaa ibu . Comey kan ? Macam baby doll . Tak puas main bowling nie ... kalau 'sayang seMua' ada semua lagi best ! Ummi, Abang dan adik semua balik kampung. So, tinggallah kakak dengan ibu je. Itu yang dating berdua je nie . Haha. Pom bolehhhh ....

Setengah hari tempoh yang agak lama buat kami. Jam da menunjukkan pukul 4.00 pm masa kami keluar dari main bowling. Banyak lagi masa.

"Kita nak g mana pulak nie kak?" ibu bertanya.

"Emm, jomlaa kita keluar dulu nanti kita fikir" .

 Sebenarnya lepas berbowling kami nak ke tempat memanah tapi terlupa...kami terus keluar.    Aduh !!! Tapi tape... hari lain jela.. lain hari lain ceritanya :)

Berpusing-pusing dalam sunway pyramid tu memang sangat memenatkan...


Kami dah nak keluar tapi .... tak ingat kat mana parking kereta , sedihhh ..... haha

Cari punya cari yesss !!! jumpa pintu keluar tu ... dah excited sangat dah nie jumpa ....

Aku pergi bayar parking dulu, then kami jalan kat tempat kereta ...

"Bu, mana kete kita nie? " Aku bertanya kepada ibu .

" Tu haa ... sebelah kereta besar tu ". Jawap ibu .

Okey, jalan lagi tapi dalam hati aku dah cemas ....

Sampai tempat parking kami iatu K19... tetiba ...


"Bu, mana kete kita ? nie ukan kete kita. " Luahku .

" Kak, tadi betulla kita parking sini ".

" Emm , bu..tengok gambar tu sekali lagi...betul ke kat sini?" . Pintaku .

Ibu mengeluarkan kameranya untuk memastikan nombor parking kami...

" Kak, Aras F . haha " . Ibu berkata seraya menunjukkan gambar tersebut kepadaku.

Huh ! Cuak bak angggg ..... salah tempat rupanya ! Haha .

Yang aku parking tu aras F bukan aras G . Hishhhh ! Buat cuakk jela ...

Nasib aku dengan ibu bukan jenis cepat panikk ... hehe

Okey, sekarang dah nak keluar dari tempat parking tu ... adelah benda tu yang membuatkan aku dan ibu tergelak besar tetiba .... dalam asyik kami bergelak ketawa card parking tak boleh lepas ..

" Bu, kenapa nie ? Tak dapat masuk ". Aku mula risau dengan kad tersebut sebab kat belakang banyak kereta tengah tunggu turn. Adoiiii ....

" Try lagi kak, alamak ! banyaknya kete kat belakang " . Kata ibu .

Tetiba aku terlihat butang 'help' then aku terus tekan. Kelihatan banyak kereta kat belakang yang dah menukar arah. Risau jugak aku kalau-kalau kena marah.

Setelah menyatakan masalahnya , dua minit kemudian muncul seorang lelaki dari arah depan kereta kami dan membawa satu lagi kad. Selepas betukar kad kami boleh keluar . Lega ...


" Aduhai . Banyak betul masalah kita hari nie, tetiba kad nie pulak tak dapat masuk " . Luahku.

"Emm , tulaa .. banyak-banyak kad, kad kita jugak yang rosak, nak kata lama sangat takde pun kan ". Jawap ibu.

"Emm , tula... itulaa gelak sakan lagi kat orang . Hahaha ".

" Kita nak g mana nie kak ?" tanya ibu .

" Emm, ibu set jela nagivation tu kat TM, nanti dalam perjalanan kita singgahlaa mana-mana tempat yang okey . hehe ." Jawapku.

Ibu okey je ...

" Haa buu ... google laa tempat-tempat yang menarik area Sg Buluh - Rawang , bolehlaa kita singgah nanti ". Cadangku .

"Emm, ibu carilaa nie ... emm, mane erk ... ". ibu berkira-kira sambil mencari tempat yang sesuai .

Akhirnya....lebih kurang sejam lebih kami tiba di bumi Tg Malim yang sangatlaa membosankan nie tapi itulah tempat kami menuntut ilmu buat masa nie .

*Kami banyak agenda lagi.... Haha .






......................to be continue .






*org study aku berblog . hehe